Thursday, 7 March 2013

Raja hati

Pinjamkan bahu,
Untuk aku lepaskan segala
yang terbuku dihati.

Pinjamkan tangan,
Kesatkanlah air mataku
yang mengalir membasahi pipi.

Genggamlah tanganku
Dan bawa aku keluar dari kesedihan
yang membelenggu diriku.

Bawalah aku dalam dakapanmu
Dan bisik ke hatiku,
Kau memang tercipta untuk aku.

- Amy Qifreema -


p/s : aku lemah. Aku tak kuat. Andai kau memang untukku, marilahlah. Andai kau bukan, jaohkanlah dirimu. ;'(

Tuesday, 26 February 2013

Dia

Sepasang mata itu
Mampu melembutkan hati
Mampu menenangkan jiwa

Secalit senyuman itu
Mampu mencairkan hati
Mampu membuat hatiku
tersenyum bagai tak waras

Kalo aku ada supapawer (superpower)
Aku akan memberhentikan waktu
Dan membiarkan kau terus dihadapanku
Tanpa perlu aku toleh
Depan belakang tepi atas

Bila tiba masanya
Aku lepas semua rasa ini
Aku tak ingin terkurung di sini

Kau juga harus pergi
Meski aku sayang kau


Amyqifreema

Wednesday, 13 February 2013

Janji bahagia

dulu kau pernah janjikan bahagia.
aku rasa seperti puteri kayangan,
terapung dan terbang melayang.
sungguh aku gembira bagai nak rak.
kau sumpah kan setua semati.

kini,
maafkan aku
aku bukan lagi puteri kayangan dulu kala

aku kini kembali ke alam aku
dunia realiti dan berpijak di bumi nyata

aku bangun dari mimpi-mimpi
aku sedarkan diriku
agar tidak hanyut lebih jauh

aku lepaskan segalanya
aku tabahkan diriku
aku campakkan ke laut,
semua mimpi indahku

kini,
aku bebas!
-amyqifreema-

p/s : sila kau baca ini lelaki itu.

Suatu masa dulu

pernah aku kenal kau.
kita pernah sebantal.
kita pernah seketawa.
kini, kau berubah.
kau dengar kata orang.
biarlah. aku xkesah.
kerna ku tahu, aku bukan begitu.
mulut orang, kita xdapat nak kawal. biarlah. biarlah.
alhamdulillah kini aku bahagia.
aku pandang belakang, ramai lagi yang sayang aku. yang perlu aku.
aku capai tangan mereka, lalu ku bawa kesebelahku.
berjalanlah kami beriringan.
ketawa gembira bersama. -amyqifreema-


p/s : bila perut lapar, idea mencurah-curah.

Tuesday, 5 February 2013

Short Vacation

Helo everybadehhh! I just came back from my short vacation with my family & lè cousin! Really tiring & I dont feel to go to the office today. I haven had enough sleep and rest.

Kronologi Perjalanan

31st of January
@ hari ni aku tak kerja. Sebab flight pukul 5:30pm. So, bangunan agak lewat ye.
@ dekat pukul 13:00pm, bapak sampai rumah. Dia makan, kami siap-siap. Masa ni sumpah xsaited gilaaa kentangggg! :D ngehngehngeh~
@ pergi Hotel 7 untuk tukar dollar sg.
@ pergi airport. Lepas tolong yang lain drop luggages, kami pun masok ke departure hall. Tunggu punya tunggu dan tunggu, yeayyy! Our turn to flyyyyyyyy!
@ 1hour 30minutes dalam burung gergasi. Buka mata sikit, eh eh! Sampai dah? *tampar-tampar pipi hokay! Tak mimpi! Haha.
@ tunggu orang ambil. Lepas ambil, sampai Tune Hotel Danga Bay tunggu dalam bilik. Nak jalan pun tak dapat. Lewat dah hari. So, just counting how many hours left to Universal Studio Singapore keesokkan harinya.

1st of February
@ before pukul 4:00am dah bangun dah. See! Xsaited gilaaaa! Maseh ngantok. Tweettweet. Check facebook. Check instagram. Melabur saham besaq. Paksa diri tidur. Tidur jugak akhirnya. 6:00am bangun balik. Okayyy! Masa untukandi!
@ Lepaslepas kemas, plan nak pergi breakfast dekat 7E. Tapi busy jadi ahlong pagipagi kutip duit yang belom bayar.
@ tunggu punya tunggu. Eh eh! Basssss dah datanggggg!
@ perjalanan ke Universal Studio Singapore sangat jaohh hokayy. Dahla berebut cop passport lah. 2tempat kena berebut. Atlast! Yeayyyy! Sampai dah!
@ gambargambar jap dekat USS Globe. Then the journey begin! Banyakkk kami main. Hampur semuaaaa! Roller coaster habis aku redah jugaa! Seriously nak lagiiiii!
@ 9:30pm bas datang. Bertolak balik ke Tune Hotel Danga Bay. Sampai je, makan then tidoooo. Sumpah penat gilaaaa!

2nd of February
@ Siap sedia. Iron baju. Kemaskemas ten bertolak ke Johor Golf Club untuk attend wedding reception Kak Aysha & Abg Fatin.
@ its time to go to the next destination, KL.
@ penat sungguh pinggang. Rasa nak meletupletup marah orang. Sangat tak selesa. Huhu. Sampai kat Grand Kapar Hotel tidoooooo.

3rd of February
@ esok pagi bangun awal. Pergi breakfast. Then balik bilik kemaskemas untuk ke wedding reception Abg Zahid.
@ kirakira pukul 4 kami bertolak ke LRT station. Off to Masjid Jamek! Para ibu suka yer tempat ni. Jalan Tar? Haa. Tempat yang membuatkan ibu kita addicted.
@ sampai je Masjid Jamek, pusingpusing cari selepar. Sakit dah kaki. Huahua. Then balik bilik kejap. Sambong balik jalan-jalan dekat Jalan Tar. Then balik bilik tidoooo.

4th of February
@ bangun awal. Breakfast dalam bilik. Then jalan jap ke Sogo. 2:30pm bertolak ke KL Sentral naik bas ke LCCT. Its time to go home & face the reality. ;')


Okayyyy. Thats all. Oh oh! Gambars? Next entri hokayyy!