Wednesday, 13 February 2013

Janji bahagia

dulu kau pernah janjikan bahagia.
aku rasa seperti puteri kayangan,
terapung dan terbang melayang.
sungguh aku gembira bagai nak rak.
kau sumpah kan setua semati.

kini,
maafkan aku
aku bukan lagi puteri kayangan dulu kala

aku kini kembali ke alam aku
dunia realiti dan berpijak di bumi nyata

aku bangun dari mimpi-mimpi
aku sedarkan diriku
agar tidak hanyut lebih jauh

aku lepaskan segalanya
aku tabahkan diriku
aku campakkan ke laut,
semua mimpi indahku

kini,
aku bebas!
-amyqifreema-

p/s : sila kau baca ini lelaki itu.

No comments:

Post a Comment